Wednesday, July 17, 2013

3 pasang kurung pahang

Lega rasanya, baru puasa 9 hari. Tempahan dari pelanggan pertama telah pun siap dan telah pun diambil semalam. Sebagai seorang part time tailor..aku berpuas hari apabila pelanggan turut berpuas hati dengan hasil kerja ku. Lupa laks nak ambik gambar.

3 pasang baju kurung pahang, kain susun sebelah kiri telah siap...*** mood happy***


Monday, June 17, 2013

TEMPAHAN BAJU KURUNG 2013

Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Tailor Teras Jernang adalah blog tukang jahit sambilan bersedia menerima tempahan sekitar Putrajaya, Bangi dan Serdang sahaja. Kami menawarkan khidmat menjahit pakaian secara sambilan bagi pakaian wanita seperti perkhidmatan menjahit span baju, potong kaki seluar, baju kurung (biasa), baju kurung (pahang), baju kurung (lis/bias), baju kurung (tindih kasih), serta baju kurung kanak-kanak.  
Kami bersedia memberi jaminan kualiti, keselesaan dan kepuasan pelanggan-pelanggan kami dengan harga upah yang sangat berpatutan. Kepada para pelanggan yang membuat tempahan, sila buat tempahan awal kerana tempahan "urgent" ATAU saat2 akhir tidak akan diterima. Terima Kasih di atas kesudian anda melanggan perkhidmatan kami.
HARGA TEMPAHAN PAKAIAN 2013
Berikut adalah harga tempahan pakaian tahun 2013 yang ditawarkan Tailor Teras Jernang. Harga dinyatakan adalah harga upah asas (basic price) bagi setiap jenis pakaian yang boleh anda tempah di sini. Jika terdapat pertanyaan boleh terus hubungi saya Heida @ 017-3745293. 

  
  PAKAIAN PEREMPUAN / WANITA

    • Baju Kurung (biasa) = RM 30.00 sepasang
    • Baju kurung (pahang) = RM 30.00 Sepasang
    • Baju kurung (lis /bias) = RM30.00 sepasang
    • Baju kurung (tindih kasih) = RM30.00 sepasang
    • perkhidmatan lain yang ditawarkan
      • menjahit span baju = RM3.50 sepasang
      • potong kaki seluar = RM4.00 sepasang
     
  • PERHATIAN :
    1. kami hanya menerima tempahan baju kurung sahaja. 
    2. Sediakan contoh BAJU KURUNG adalah digalakkan bagi ukuran yang lebih selesa.
ALAMAT
NO. 12, JALAN SENTOSA 15, DESA SENTOSA, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.